LKTN kerjasama dengan JPJ pantau penyeludupan tembakau

LKTN kerjasama dengan JPJ pantau penyeludupan tembakau

ZAILANI Hashim (tengah) semasa sidang media di Ibu Pejabat LKTN di Kubang, Kerian, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) akan menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan masuk tembakau dari negara jiran pada tahun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) Kementerian Perladangan dan Komuniti Datuk Zailani Hashim berkata, kerjasama itu melibatkan empat buah negeri yang bersempadan dengan Thailand.

Menurutnya, ini merupakan usaha terbaru LKTN dalam membendung aktiviti tersebut.

“Sebagai contoh, jika ada rampasan berkait dengan tembakau kita akan kendalikan. Melibatkan kenderaan atau kesalahan berkait JPJ, kita akan serahkan kepada agensi itu.

“Sekiranya, dadah kita akan serahkan kepada polis dan begitulah sebaliknya mengikut agensi berkaitan,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat LKTN di Kubang Kerian, di sini hari ini.

Zailani memberitahu, sebelum ini LKTN sudah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis dan Pasukan Gerakan (PGA) dalam banteras jenayah penyeludupan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya