Lima sekeluarga bimbang ancaman hakisan tebing sungai

Lima sekeluarga bimbang ancaman hakisan tebing sungai

SUZANA Jusoh melihat kesan hakisan tebing Sungai Telemong berhampiran rumahnya di Kampung Imam Lapar, Hulu Terengganu. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Lima sekeluarga di Kampung Imam Lapar dekat sini bimbang terhadap ancaman hakisan tebing Sungai Telemong yang semakin serius di belakang rumah mereka setelah berlarutan sejak 15 tahun lalu.

Suzana Jusoh, 44, berkata, setiap kali hujan lebat berterusan pasti berlakunya hakisan di tebing tersebut dan paling teruk dalam kejadian banjir pada Februari serta Disember lalu. 

Menurutnya, tebing sungai sedalam kira-kira 10 meter yang berlaku hakisan itu kini cuma kira-kira lima meter di belakang dapur rumahnya.

“Saya dan suami, Muhd. Zali Jusoh, 53, tidak dapat tidur lena terutamanya pada musim hujan kerana bimbang keselamatan kami dan tiga anak. 

“Sebagai usaha kurangkan hakisan itu, saya dan suami menutup bahagian tebing dengan kepingan atap serta tikar getah. Namun  tidak berkesan kerana paras Sungai Telemong begitu tinggi pada musim tengkujuh. 

“Tidak mustahil tiga buah rumah ahli keluarga yang tinggal berhampiran juga berisiko runtuh sekiranya masalah ini terus berlanjutan kerana kami berjiran,” katanya ketika ditemui di Kampung Imam Lapar, di sini.. 

Tambah suri rumah ini, dia sekeluarga begitu berharap agar masalah yang membelenggu sekian lama itu dapat segera berakhir dengan adanya tindakan sewajarnya oleh pihak-pihak berkaitan. 

“Pelbagai pihak telah melawat kawasan hakisan itu sebelum ini. Malah tindakan alihkan aliran Sungai Telemong juga dilakukan lebih kurang 10 tahun lalu, namun masalah masih berlanjutan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya