Lelaki Thailand ditahan bersama 20,000 bijil pil yaba

Lelaki Thailand ditahan bersama 20,000 bijil pil yaba

PIL yaba yang dirampas oleh polis selepas menahan seorang lelaki warganegara Thailand dalam serbuan di tepi jalan Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, Kelantan-IHSAN Polis Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki warganegara Thailand ditahan bersama 20,000 bil pil yaba oleh polis dalam serbuan di tepi jalan Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang semalam.

Penahanan suspek berusia 31 tahun itu dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada pukul 1.50 petang.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semasa ditahan suspek sedang menggalas beg warna merah dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, sejurus ditahan pegawai dan anggota bertugas telah membuat pemeriksaan dan menjumpai empat bungkusan kertas kekuningan di dalam beng tersebut.

“Pemeriksaan lanjut kemudiannya membawa kepada penemuan 20,000 biji pil yaba yang dianggarkan bernilai RM128,480.

“Saringan ujian awal air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, semakan mendapati suspek tersebut tidak mempunyai rekod jenayah lamapu.

Katanya, suspek direman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu sisatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya