Lelaki meninggal dunia bantu selamatkan mangsa kebakaran

Lelaki meninggal dunia selepas bantu selamatkan mangsa kebakaran

Pasukan Polis menjalankan pemeriksaan di lokasi kebakaran di Merinding Garden, Labuan hari ini.-Ihsan PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN: Seorang lelaki meninggal dunia akibat sesak nafas selepas terhidu bau asap berlebihan ketika membantu menyelamatkan mangsa kebakaran di Merinding Garden, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.17 pagi itu, mangsa yang merupakan sukarelawan itu pengsan selepas berjaya menyelamatkan jirannya yang terlibat dalam kebakaran.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superitenden Mohd. Hamizi Halim berkata, lelaki berusia 41 tahun itu dikatakan telah bertungkus lumus dan berjaya menyelamatkan tujuh mangsa kebakaran termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun.

Selepas membantu menyelamatkan kesemua mangsa kebakaran, lelaki tersebut difahamkan berasa lebih dan tidak bermaya lalu pengsan.

“Bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) telah diberikan namun, mangsa gagal diselamatkan.

“Mangsa dihantar ke hospital dengan bantuan ambulans pada pukul 6.10 pagi dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia disyaki kerana mengalami sesak nafas dipercayai akibat terhidu bau asap yang berlebihan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Nukleus Wilayah Persekutuan Labuan untuk pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan juga mendapati tiada sebarang kecederaan ditubuh badan mangsa. Siasatan lanjut masih diteruskan.

Menurut Mohd. Hamizi, siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati punca kebakaran dipercayai bermula dari kenderaan yang diparkir di hadapan rumah dan seterusnya merebak ke dalam rumah.

Kesemua tujuh mangsa kebakaran yang diselamatkan berada dalam keadaan stabil dan dua daripadanya menerima rawatan akibat kecederaan ringan yang dialami. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya