Lelaki jatuh jambatan ditemukan mati lemas - Utusan Malaysia

Lelaki jatuh jambatan ditemukan mati lemas

ANGGOTA SAR mengangkat mayat B. Thiagu yang ditemukan tengah hari tadi selepas terjatuh di Sungai Muar dalam kejadian di pekan Rompin, Jempol, malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Mayat lelaki yang dikhuatiri lemas selepas jatuh di Sungai Muar dekat pekan Rompin, di sini, malam semalam ditemukan tersangkut pada pokok kecil di tepi sungai kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mayat seorang lelaki bernama B. Thiagu, 31, ditemukan pasukan penyelamat kira-kira pukul 12.44 tengah hari tadi berdasarkan pengenalan diri yang ditemukan pada mangsa.

“Dia ditemukan sudah meninggal dunia akibat lemas dalam sungai kira-kira dua jam selepas pencarian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol bagi proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Setakat ini, polis telah mengklasifikasikan kes ini sebagai laporan mati mengejut,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Menurutnya, terdahulu pihaknya menerima maklumat dari orang awam pada 9.45 malam semalam bahawa terdapat seorang lelaki telah terjatuh dari atas jambatan Sungai Muar dekat pekan Rompin di sini.

“Sebaik maklumat diterima, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada pasukan bomba dan polis ditubuhkan dengan kekuatan 56 anggota serta pegawai. bagi mencari mangsa,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya