Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun sungai - Utusan Malaysia

Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun sungai

ANGGOTA bomba melaksanakan SAR bagi mencari seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke Sungai Muar dari jambatan di Pekan Rompin, Jempol malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke Sungai Muar dari jambatan Pekan Rompin di sini dalam kejadian malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Farid Mohd. Desa berkata, pihaknya segera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat kira-kira pukul 10.04 malam dan terus melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dilihat terjun ke dalam sungai oleh orang awam termasuk pemancing yang berada di lokasi berkenaan.

“Pasukan bomba sampai ke lokasi pada pukul 10.31 malam, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba Seri Jempol turut terlibat dalam operasi ini. Kaedah pencarian di permukaan air menggunakan dua buah bot dilaksanakan malam tadi.

“Kami turut menggunakan kaedah pencarian human chain bagi mengesan mangsa di dasar sungai. Bagaimanapun pencarian terpaksa dihentikan pukul 3.06 pagi tadi berikutan sungai berarus dan penglihatan sedikit terhad,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Mohd. Farid lagi, operasi SAR telah disambung semula pada pukul 8 pagi tadi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya