Lelaki didakwa fitnah TYT, mufti

Lelaki didakwa fitnah TYT, mufti

TERTUDUH dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan memfitnah Yang di-Pertua Negeri dan Mufti Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membuat penyataan memfitnah Yang di-Pertua Negeri Melaka, mufti negeri serta Pengerusi Melaka Sentral Sdn. Bhd., dua tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Razak Osman, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh melalui satu rakaman video didakwa telah membuat satu penyataan memfitnah Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mufti Melaka dan juga Pengerusi Melaka Sentral Sdn. Bhd.

Perbuatan itu dilakukan melalui video yang dimuat naik pemilik akaun TikTok @othmanahamidjunior dalam kumpulan WhatsApp yang telah dilihat kira-kira pukul 3.30 petang di Jalan SD2/21 Taman Seri Duyong 2 dalam daerah Melaka Tengah pada 21 November 2022.

Sabit kesalahantertuduh berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya