Lelaki berusia 70 tahun ditahan bersama pistol, pil yaba

Lelaki berusia 70 tahun ditahan bersama pistol, pil yaba

MUHAMAD Zaki Harun (tengah) menunjukkan pistol yang dirampas semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis merampas sepucuk pistol selepas menahan seorang lelaki berusia 70 tahun dalam serbuan di Kampung Gual Arang, Rantau Panjang dekat sini semalam.

Dalam serbuan pukul 5.30 pagi itu, polis turut merampas kelopak dan 10 butir peluru dan 80 bijil pil yaba.

Ketua Polis negeri Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati pistol yang ditemukan itu dari jenis Kuzey GN19.

“Siasatan lanjut berkait dengan rampasan pistol dan dadah ini sedang dijalankan.

“Susulan penahanan warga emas itu, polis telah menangkap seorang lelaki berusia 27 tahun di Kampung Gual Machang,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, lelaki yang ditahan itu merupakan anak kepada warga emas berkenaan dan kedua-dua mereka direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Katanya, semakan mendapati hanya suspek berusia 27 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 39a (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 serta Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

Muhammad Zaki berkata, dalam serbuan bersaingan pada hari yang sama polis merampas sepucuk pistol jenis Glock dan 31 butir peluru selepas menahan sepasang suami isteri di Kampung Geting, Tengah, Tumpat.

Katanya, pasangan suami isteri itu ditahan pada pukul 12 tengah hari dan polis turut menyita sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk kereta dianggarkan berjumlah RM21,200. Pasangan suami isteri yang ditahan itu masing-masing berusia 31 dan 26 tahun.

“Semakan mendapati lelaki itu mempunyai 28 rekod jenayah lampau, manakala isterinya tiga rekod lampau,” ujarnya.

Muhammad Zaki berkata, siasatan lanjut berkait rampasan itu sedang dijalankan.-ut

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya