Lebih banyak bantuan untuk rakyat selepas SARA - Anwar  - Utusan Malaysia

Lebih banyak bantuan untuk rakyat selepas SARA – Anwar 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengumumkan lebih banyak penambahbaikan kepada bantuan-bantuan lain sempena program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bermula hari ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahbaikan itu bagi mengangkat ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan. 

Menurut beliau, penambahbaikan program SARA adalah langkah awal bagi menangani kesenjangan kekayaan serta membina masyarakat inklusif dalam kerangka Ekonomi Madani. 

“Insya-Allah, kerajaan akan mengumum lebih banyak penambahbaikan kepada bantuan-bantuan lain bagi mengangkat ekonomi golongan rentan dan menjung prinsip kesaksamaan. 

“Program SARA telah ditambah baik dengan peruntukan melonjak lebih lima kali ganda kepada RM700 juta, berbanding perbelanjaan RM130 juta pada tahun lalu. 

“Peruntukan yang lebih besar ini membolehkan kerajaan menambah jumlah penerima SARA kepada 700,000 berbanding 210,000 pada tahun lalu,” kata beliau kenyataan hari ini. 

Kerajaan meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah penerima SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Golongan bujang kekal pada kadar RM600. 

Penggunaannya diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan. 

Bagi penerima program SARA di Semenanjung, bantuan SARA akan disalur secara bulanan iaitu RM100 sebulan untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM50 sebulan untuk golongan bujang.

Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, bantuan SARA akan disalur dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024 melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai.

SARA tahun ini dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya