Lebih baik semua tidak dapat – Ahmad Zahid

Lebih baik semua tidak dapat – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi beramah mesra dengan wakil persatuan kelab motosikal selepas Sesi Libat Urus Bersama Persatuan Motosikal Malaysia di Putrajaya, semalam. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan UMNO Selangor bersifat tamak dalam isu kuota pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, tidak timbul isu tamak berhubung perkara itu, malah UMNO Selangor juga tidak berkecil hati.

“Tidak timbul soal tamak dalam perkara ini kerana kami ada 22 ketua bahagian. Jadi kalau ada yang dapat, ada yang tak dapat, adalah lebih baik semua tidak dapat.

HORMAT

“Saya bermesyuarat malam tadi di Sepang dengan semua 22 Ketua UMNO Bahagian di Sela­ngor. Saya menghormati keputusan mereka untuk menolak 20 tempat yang diperuntukkan bagi menduduki jawatan ahli majlis PBT.

“Saya fikir keputusan itu harus dihormati dan mereka tidak berkecil hati,” katanya ketika ditemui selepas Sesi Libat Urus Bersama Persatuan Motosikal Malaysia di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, ketua UMNO bahagian akan memainkan peranan secara bebas selepas tidak duduk sebagai ahli di PBT.

Walaupun berada di luar PBT, katanya, UMNO Selangor tetap mendukung dan menyokong program-program kerajaan ne­geri melalui PBT berkenaan.

Ditanya apa alasan UMNO Selangor menolak kuota ahli majlis PBT itu, Ahmad Zahid secara berseloroh berkata: “ 20 (jumlah kuota ahli majlis PBT diberikan) terlalu kecil.

KUOTA

Sebelum ini, Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dilaporkan berkata, UMNO Selangor menyerahkan kembali kuota 20 jawatan ahli majlis PBT di negeri itu kepada Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, ia bukan tindakan merajuk sebaliknya UMNO Selangor akan memberi tumpu­an kepada 373 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung yang dilantik di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Kelmarin, pemimpin PH Selangor dilaporkan mendakwa ramai ahli gabungan itu tidak berpuas hati dengan pelbagai konsesi diberikan kepada UMNO, selain menyifatkan parti itu ‘terlalu mendesak’ walaupun hanya menang dua kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Johan Abd Aziz berkata, rundingan berhubung isu ahli majlis tidak dilakukan secara betul kerana pihaknya seolah-olah sudah dijatuhkan ‘hukum’ sebelum perbincangan dilakukan.

“Rundingan antara kami (PH dan UMNO Selangor) tidak nampak macam berunding, ia macam ‘jatuh hukum’. Run­dingan tidak dilakukan secara betul, mereka sudah bagi siap-siap,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Abbas Azmi berkata, segala pertikaian antara UMNO dan PH Selangor tidak seharus­nya dilakukan melalui media dan terbuka kerana sepatutnya dibawa ke meja rundingan.

Jelasnya, pertikaian secara terbuka tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah tetapi sebaliknya menyebabkan ia menjadi semakin rumit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya