Lebih 50,000 dijangka hadir Karnival Semarak Semenyih

Lebih 50,000 dijangka hadir Karnival Semarak Semenyih

NIK BAIZURA SABIAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 50,000 pengunjung dijangka hadir dalam Karnival Semarak Semenyih 2024 yang akan diadakan pada 1 sehingga 4 Februari nanti.

Pengerusi karnival Nik Baizura Sabiamad berkata, jangkaan jumlah tersebut berdasarkan sambutan yang menggalakkan sebelum ini iaitu menerusi Karnival Semarak Bangi.

Setakat ini katanya, lebih 100 vendor makanan dan minuman’viral’ dijangka mengambil bahagian dalam karnival berkenaan.

“Tujuan karnival ini diadakan untuk memupuk perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan etnik selain membantu usahawan dan meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

“Selain itu, kita juga mahu memperkenalkan industri sukan dan permainan dan menyemarakkan industri hiburan tanah air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beberapa artis tempatan turut dijemput dalam karnival berkenaan antaranya Nash , Ezlyn, Nazia Mustapha, Zarina Zainudin, Serina Chef Wan, Aida Aris, Raja Emma dan Mami Dedi.

Jadi peminat dapat beramah mesra dengan mereka sambal meluangkan masa membeli belah pelbagai produk yang diniagakan selebriti-selebriti ini. .

Karnival yang akan diadakan di Eco Hill Walk Semenyih itu dianjurkan Ultimate Titan Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), International Lighting Show dan Kelab Muay Thai Hallo Fight Club.

Dalam pada itu Nik Baizura yang juga Pengarah Ultimate Titan berkata,Karnival Semarak Semenyih turut menganjurkan program utama seperti International Lighting Show secara besar-besaran selain menghimpunkan penggiat muaythai amatur dari seluruh Malaysia.

“Kita juga akan mengadakan pertandingan dan aktiviti istimewa untuk kanak-kanak seperti Pertandingan Mewarna By Champs, pertandingan peragaan, Pertandingan Karoke Junior dan pertandingan azan serta iqamat,” jelasnya.

Katanya lagi karnival ini akan menjelajah di beberapa tempat termasuk Stadium Kajang pada 29 sehingga 3 Mac ini dan di beberapa negeri lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya