Lebih 5,000 kunjungi Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak 2024 - Utusan Malaysia

Lebih 5,000 kunjungi Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak 2024

Datuk Seri Amirudin Shari pada majlis Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak 2024 di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Gombak hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 5,000 penduduk memeriahkan majlis Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak 2024 dan Karnival Keusahawanan serta Kebudayaan di  Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai di Gombak dekat sini hari ini. 

Majlis bermula pukul 8 pagi itu turut disertai aktiviti pemeriksaan kesihatan dan pembukaan kaunter Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas). 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata,  karnival tersebut  diadakan  setiap bulan di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) bawah parlimen Gombak.

“Kita anjurkan program ini setiap bulan. Kita ada tiga DUN. Hari ini kita buat di DUN Sungai Tua untuk meraikan penduduk di sini dengan tema usahawan dan budaya.

“Ini masanya saya datang untuk kita bersua muka, beramah mesra serta dapat menguruskan apa jua pendaftaran pelbagai agensi,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian program berkenaan.

Aktiviti lain ialah penganjuran Liga Bola Sepak Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun selain penyampaian  cek bagi pembiayaan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor), penerangan Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) dan penyampaian Skim Perlindungan Insurans Am (INSAN).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN