Laungan 'Daulat Tuanku' iringi keberangkatan Sultan Ibrahim - Utusan Malaysia

Laungan ‘Daulat Tuanku’ iringi keberangkatan Sultan Ibrahim

AHLI Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hasan turut bersama-sama penduduk setempat menanti keberangkatan Sultan Ibrahim di Jalan Skudai berhampiran Kampung Pasir, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ribuan rakyat jelata memenuhi sepanjang bahu jalan di Jalan Skudai, di sini menunggu konvoi keberangkatan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ke Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, pagi ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rakyat berbilang kaum sudah berada di laluan berhampiran Kampung Pasir, di sini seawal pukul 6.30 pagi.

Konvoi membawa Sultan Ibrahim yang berangkat dari Istana Bukit Serene, di sini pada pukul 7.45 pagi dan tiba di kawasan Kampung Pasir pukul 8.05 pagi.

Laungan ‘Daulat Tuanku’ menyambut keberangkatan Sultan Ibrahim yang melambaikan tangan kepada rakyat yang sedia menunggu ketibaan konvoi baginda.

Sultan Ibrahim berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini bagi menyempurnakan Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17.

Pesawat khas yang membawa baginda dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kira-kira pukul 9 pagi dan mendarat di Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia Subang, Selangor sebelum bergerak ke Istana Negara.

Sultan Ibrahim diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Ke-263 pada 27 Oktober tahun lalu.

Pemasyhuran Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya