Lapan nelayan positif dadah ditahan - Utusan Malaysia

Lapan nelayan positif dadah ditahan

LAPAN nelayan ditahan anggota Maritim Malaysia di Jeti LKIM, Sungai Endau, Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Lapan nelayan  ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Mersing kerana didapati positif dadah jenis methamphetamine di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Sungai Endau, di sini.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, semua nelayan tersebut yang berusia antara 23 hingga 50 tahun ditahan dalam operasi bersepadu, kelmarin.

“Lapan individu terbabit adalah antara kru tiga buah bot nelayan tempatan yang terdiri 12 warganegara Indonesia dan tiga warga tempatan.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati kru bot warga Indonesia itu turut gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri serta permit kerja yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kesemua mereka dibawa ke Zon Maritim Mersing untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/1963 serta Akta Perikanan 1985.

Operasi tersebut yang turut disertai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Beliau menyeru masyarakat, terutamanya komuniti maritim untuk terus bekerjasama dengan melaporkan sebarang aktiviti jenayah dan salah laku di perairan negara menerusi MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya