DUNGUN: Banjir besar yang berlaku di Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor, Hulu Dungun dekat sini pada Khamis lalu menyebabkan kediaman penduduk, sekolah dan masjid di kedua-dua kampung itu dipenuhi lumpur tebal hingga paras betis. Tinjauan di kedua-dua kampung itu mendapati banyak kemusnahan berlaku apabila hampir 80 peratus daripada kira-kira 160 buah rumah penduduk mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung, dinding dan lantai. Tiga rumah di Kampung Shukor juga hanyut dan sebuah daripadanya ranap menyebabkan hanya tinggal tiang dan tangga batu. Seorang daripada penduduk Kampung Shukor, Jalina Abdullah, 42, berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya