Langkah Dubai: Polis siasat 43 laporan memudaratkan demokrasi - Utusan Malaysia

Langkah Dubai: Polis siasat 43 laporan memudaratkan demokrasi

TAN SRI RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sebanyak 43 laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara berhubung gerakan menumbangkan Kerajaan Perpaduan pimpinan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes tersebut.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan untuk melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Razarudin berkata, laporan polis yang dilakukan berdasarkan tular rakaman video tiga atau empat individu berkaitan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

“Kita turut mengesan video melibatkan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin yang bercakap berkaitan perkara ini lebih daripada 10 hari tentang kerajaan hendak jatuh.

“Jadi, kita siasat video tular melibatkan tiga atau empat individu yang mengulas mengenai pertukaran kerajaan,” jelasnya.

Beliau berkata, susulan penularan video itu pihak polis perlu menyiasat melakukan siasatan kerana perkara ini mendatangkan kegusaran kepada masyarakat dan mengganggu ketenteraman awam.

PERUBAHAN

“Dulu kita pernah melalui perubahan dalam kerajaan, di mana seorang pemimpin parti akan membawa senarai nama kepada Yang di-Pertuan Agong. Kali ini, hanya spekulasi tidak berasas lebih 10 hari sehingga menimbulkan keresahan orang ramai.

“Oleh itu, kita perlu menyiasat perkara itu sebelum keadaan menjadi tidak terkawal,” jelasnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan individu seperti Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard dan Bekas EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Mengulas mengenai situasi dalam negara berhubung dakwaan itu, Razarudin memberi jaminan situasi ketika  kekal aman.

“Rakyat bersemangat dengan keadaan kita yang aman dan keadaan terkawal.Bagi pihak polis, kita akan pastikan keselamatan dan keselamatan semua,” katanya.

Pada 30 Disember lalu, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Ismail Yusop, dilaporkan mendakwa ‘Langkah Dubai’ timbul ketika percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya