Langkah Dubai: 8 laporan di  KL diserah kepada Bukit Aman - Utusan Malaysia

Langkah Dubai: 8 laporan di  KL diserah kepada Bukit Aman

ALLAUDEEN ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak lapan laporan diterima Polis Kuala Lumpur berhubung gerakan menumbangkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia,Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, kesemua laporan berkenaan dibuat di Putrajaya, Dang Wangi dan Cheras semalam.

Menurut  beliau, siasatan mengenai tindakan tersebut  bagaimanapun akan diserahkan kepada Bukit Aman bagi tindakan lanjut.

“Selain Kuala Lumpur, difahamkan ada lagi beberapa laporan dibuat di negeri lain. Jadi, kita serah kepada Bukit Amana bagi Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) kumpul semua sekali bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 30 Disember lalu, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa “Langkah Dubai” timbul sewaktu percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya