Laluan 'hotspot' banjir di Kota Tinggi mula dinaiki air - Utusan Malaysia

Laluan ‘hotspot’ banjir di Kota Tinggi mula dinaiki air

KEADAAN Jalan Batu 25 ditutup untuk kenderaan ringan dengan hanya satu laluan dibuka untuk kenderaan berat selepas dinaiki air ekoran hujan lebat sejak malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Beberapa laluan ‘hotspot’ banjir di daerah ini mula dinaiki air ekoran hujan berterusan sejak malam tadi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi memaklumkan hingga pukul 10 pagi tadi, Jalan Batu 25 ditutup untuk kenderaan ringan dengan hanya satu laluan dibuka untuk kenderaan berat sahaja.

Di Jalan Sri Perani berhampiran Ladang Fima pula dinaiki air setinggi 0.3 meter dan jalan dibuka untuk satu laluan sahaja bagi kenderaan ringan.

“Laluan di Ladang LGM air mula naik sedalam 0.1 meter sejauh 30 meter menyebabkan laluan kiri terhalang, namun boleh dilalui semua kenderaan.

“Jalan Kimlong juga dinaiki air sedalam 0.35 meter, bagaimanapun boleh dilalui semua kenderaan.

“Bagi laluan Jalan Kota Tinggi-Mersing keadaan jalan raya masih boleh dilalui semua kenderaan, namun pengguna dinasihatkan agar sentiasa berwaspada,” demikian menurut JKR Kota Tinggi dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya