Labu sayong diubah suai jadi ‘dapur’ hisap ganja - Utusan Malaysia

Labu sayong diubah suai jadi ‘dapur’ hisap ganja

Sebanyak 15 bungkusan air ketum dirampas daripada dua pemuda di tepi Jalan Sungai Ara di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU:  Polis merampas 15 bungkusan air ketum daripada dua pemuda di tepi Jalan Sungai Ara di sini, semalam dan menemui satu tembikar yang diubah suai menjadi ‘dapur’ atau bong untuk menghisap ganja.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, tangkapan dua lelaki berusia 25 dan 29 tahun tersebut dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD).

Menurut beliau, penahanan ke atas kedua-dua suspek yang mencurigakan dilakukan menerusi tugasan ‘Ops Tapis Khas’ di bawah kawasan pentadbiran Balai Polis Bayan Lepas.

“Pemeriksaan lanjut  dibuat dan menemui lebih kurang 4.0 gram disyaki dadah jenis ganja, 15 bungkus air ketum dan sebuah tembikar yang diubah suai bagi menggunakan untuk menghisap dadah.

“Ujian saringan air kencing daripada seorang suspek positif dadah jenis THC (tetrahydrocannabinol),” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kini ditahan reman empat hari mulai semalam hingga 2 Februari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, polis turut merampas 0.60 gram yang disyaki dadah jenis syabu bersama botol kaca yang juga diubah suai sebagai alat menghisap dadah daripada seorang pemuda berusia 27 tahun, semalam.

Suspek diberkas ketika berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Pantai Acheh di Balik Pulau dan hasil ujian saringan air kencing mendapati positif dadah jenis Amphetamine/Methamphetamine.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya