Kutipan hasil SST Sarawak cecah RM15.8 bilion

Kutipan hasil SST Sarawak cecah RM15.8 bilion

DOUGLAS Uggah Embas (dua dari kiri) menyambut ketibaan Abang Johari Tun Openg (tengah) di Majlis Amanat Perdana 2024 Perkhidmatan Awam Sarawak di Kuching, Sarawak hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak berjaya mengutip cukai jualan negeri (SST) berjumlah RM15.8 bilion daripada penjualan produk petroleum sejak diperkenalkan pada 2019 hingga 2023.

Timbalan Premier, Datuk Douglas Uggah Embas berkata, hasil tersebut antara pencapaian kerajaan negeri di bawah pimpinan Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan ia sememangnya bukan satu tugas yang mudah untuk dicapai.

“Sejak memegang jawatan pada 2021, Abang Johari secara konsisten menunjukkan komitmen tinggi dalam memperjuangkan hak Sarawak, termasuk pengambilalihan Pelabuhan Bintulu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Saya yakin perkara lain boleh diselesaikan pada masa akan datang, dan hari ini Timbalan Premier Sarawak, Datuk Dr. Sim Kui Hian juga telah membincangkan autonomi kesihatan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Zulkefli Ahmad.

“Lebih-lebih lagi Sarawak kini mempunyai hak untuk melaksanakan kutipan cukai jualan petroleum sejak 2019 dan jumlah kutipan sehingga 2023 ialah RM15.8 bilion,” ujar Uggah. 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Amanat Perdana 2024 Perkhidmatan Awam Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching, hari ini.

Dalam pada itu, Uggah memberitahu, kerajaan Pusat ketika di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) tidak bersetuju dengan cadangan Premier Sarawak terhadap pelaksanaan SST ke atas penjualan produk petroleum.

“Bagaimanapun, dengan keazaman dan keberanian, beliau (Abang Johari) telah membawa perkara itu ke mahkamah sehingga Sarawak memenangi kes,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya