KPT tidak terima  arahan tutup Uniten di Muadzam Shah

KPT tidak terima  arahan tutup Uniten di Muadzam Shah

uniten
ZAMBRY ABD. KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) belum menerima sebarang arahan berkenaan cadangan penutupan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Muadzam Shah, Rompin, Pahang.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. kadir berkata, pihaknya telah membuat semakan berkenaan perkara tersebut dan  belum menerima  maklum balas berkenaan penutupan tersebut.

“Pegawai kanan saya telah buat semakan, dan setakat ini saya masih belum menerima sebarang keputusan berkenaan penutupan Uniten seperti yang diperkatakan,” katanya ketika menyampaikan Landasan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan Kerajaan Pahang bersetuju terhadap cadangan penutupan universiti terbabit dan mahu keputusan itu  dikaji semula.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selepas membuat keputusan sebulat suara dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).

“Penutupan pengoperasian Uniten tersebut akan memberi implikasi yang tidak baik kepada rakyat terutama berkaitan kelangsungan pengajian anak-anak muda dan peluang perniagaan serta pembangunan ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, keputusan penutupan United bakal memberi kesan tidak baik kepada rakyat berkaitan pengajian anak-anak muda.

“Muadzam Shah sinonim dengan gelaran hab pendidikan Pahang kerana terdapatnya Uniten, politeknik, kolej vokasional, Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan beberapa sekolah harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Ia juga  menggalakkan perkembangan ekonomi kepada penduduk setempat khususnya buat penduduk di DUN (Dewan Undangan Negeri) Muadzam Shah secara khususnya dan Parlimen Rompin secara amnya,” ujarnya.

Kata beliau,  pihak Uniten dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu melipatgandakan promosi khususnya program profesional huffaz yang kini antara program yang sangat mendapat sambutan di kalangan anak muda dan ibu bapa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya