KPT tawar 24,000 tempat program diploma, sijil

KPT tawar 24,000 tempat program diploma, sijil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menawarkan 24,000 tempat bagi permohonan tawaran terus ke program peringkat diploma dan sijil di politeknik atau kolej komuniti terpilih sempena Hari Terbuka Putrajaya 2024 (POD2024) bermula esok hingga 4 Februari ini di Kompleks Perbadanan Putrajaya. 

KPT dalam satu kenyataan berkata, pelajar dan lepasan sekolah yang mahu mendapatkan maklumat melanjutkan pengajian ke menara gading dipelawa ke reruai kementerian itu (nombor 16) selain konsultasi pilihan program melalui sistem UPUOnline oleh Bahagian Kemasukan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Jabatan Pendidikan Tinggi. 

Selain itu, katanya, pengunjung yang memiliki pengalaman kerja dan berminat menyambung pengajian di Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) di negara ini berpeluang mendapatkan konsultasi dengan Program Pengkreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) di bawah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 

“Siswazah yang berminat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, tawaran program penajaan dan bantuan kewangan turut disediakan meliputi 15 program yang menarik,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya