KPM tidak terima sebarang aduan portal DELIMa digodam - Utusan Malaysia

KPM tidak terima sebarang aduan portal DELIMa digodam

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menerima sebarang aduan rasmi setakat ini berhubung pangkalan data bagi portal Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia (DELIMa) yang didakwa telah digodam sehingga mengakibatkan sejumlah guru kehilangan akses terhadap akaun.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan, platform pembelajaran dalam talian itu berada dalam keadaan yang baik.

“Kita belum terima sebarang aduan rasmi. Walau bagaimanapun, sekiranya ada berlaku perkara tersebut (digodam) diminta untuk melaporkannya supaya kita boleh dapat tahu.

“Setakat ini, semua berada dalam keadaan yang baik,” katanya pada sidang media khas berhubung situasi terkini institusi pendidikan KPM terkesan bencana banjir di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung platform DELIMa yang didakwa berhadapan serangan daripada penggodam sehingga menyebabkan sejumlah guru kehilangan akses terhadap akaun mereka.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan platform pembelajaran dalam talian di bawah KPM itu dikatakan diserang penggodam secara berperingkat dengan menukar kata laluan akaun guru-guru dan menggunakan ia untuk tujuan peribadi.

“Sekiranya e-wallet, akaun Shoppee atau Lazada cikgu-cikgu mnggunakan e-mel Kementerian Pendidikan sila set semula kata laluan dengan kadar segera. Jangan gunakan akaun tersebut untuk sebarang urusan dalam talian melibatkan duit.

“Penggodam beli permainan dalam talian, dan bayar menggunakan e-wallet cikgu-cikgu,” menurut mesej yang tular melalui aplikasi WhatsApp.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya