Kos tambahan RM3.75j baiki Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Kos tambahan RM3.75j baiki Jalan Gua Musang-Kuala Krai

ANTARA lokasi kritikal di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang, Kelantan yang memerlukan kos tambahan untuk dibaiki.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan masih memerlukan peruntukan tambahan kira-kira RM3.75 juta bagi membaiki empat lokasi kritikal yang mengalami kerosakan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, JKR Kelantan telah memohon dan mengharapkan peruntukan berkenaan dapat diluluskan pada tahun ini.

“Kerosakan itu melibatkan jalan di kawasan Gua Musang, jadi saya akan memberikan komitmen untuk bersama dengan JKR bagi memohon pertimbangan daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Kerja Raya untuk meluluskan permohonan ini memandangkan keperluan mendesak rakyat,” katanya.

Mohd. Syahbuddin memberitahu, beliau sendiri akan bertemu dengan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan bagi dalam masa terdekat membangkitkan isu ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya