Konstabel,  lans koperal rogol, samun dua remaja ditahan kerja - Utusan Malaysia

Konstabel,  lans koperal rogol, samun dua remaja ditahan kerja

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal yang dipercayai terlibat dengan kes rogol dan samun di Ampang di sini pada Selasa lalu ditahan kerja

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan tahan kerja dikenakan terhadap mereka sehingga siasatan dilakukan selesai.

“Ya. Akan terus ditahan kerja sementara siasatan dilengkapkan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Semalam, polis mengesahkan tangkapan dua anggota polis  dipercayai terlibat dengan kes rogol dan samun di Ampang di sini.

Ini susulan dua laporan polis diterima Kontinjen Selangor daripada pengadu lelaki dan wanita warga asing yang merupakan pelajar di sebuah kolej swasta.

Kejadian berlaku pada 10.09 malam, Selasa ketika pengadu dan rakan lelakinya berada dalam sebuah kereta  di Ampang View di sini.

Katanya, remaja warga asing dan kawan lelakinya rakyat tempatan ditahan dua lelaki lengkap beruniform polis sebelum mangsa wanita dan kawan lelakinya dibawa  ke lokasi berasingan.

Seorang anggota polis  merogol mangsa wanita dalam kenderaan polis  manakala kawan lelaki kepada mangsa dirogol  dibawa ke bank untuk mengeluarkan wang seperti diminta kedua-dua suspek.

Polis membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol dan Sekzyen 395/397 KK atas kesalahan merompak.

Terdahulu, tular laporan mendakwa dua anggota yang bertugas di sebuah daerah di Selangor terlibat dengan kes rogol dan pemerasan terhadap dua individu termasuk seorang warga Uzbekistan. Dua anggota polis terbabit didakwa berpangkat lans konstabel dan lans koperal dan masing-masing berusia 24 dan 31 tahun.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya