KKR kenal pasti 21 lokasi bencana di seluruh negara

KKR kenal pasti 21 lokasi bencana di seluruh negara

ALEXANDER Nanta Linggi (kiri) melawat projek Jalan Persekutuan FT008 Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh, di Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenal pasti sebanyak 21 lokasi yang terjejas dengan bencana semasa Monsun Timur Laut (MTL) melanda setakat Jumaat.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jumlah tersebut melibatkan 13 jalan persekutuan dan lapan jalan negeri di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Perak dan Kedah.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 10 lokasi membabitkan cerun runtuh manakala jalan runtuh (4 lokasi), banjir (4 lokasi) dan jambatan rosak atau runtuh (3 lokasi).

“Johor mencatatkan kawasan yang paling banyak terjejas akibat bencana iaitu enam kawasan, Pahang (empat kawasan), Kelantan dan Perak (tiga kawasan), Kedah dan Terengganu (dua kawasan) serta Selangor (satu kawasan),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Jalan Persekutuan FT008, Seksyen 258.00 Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Alexander memberitahu, LTU di Kelantan mampu disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan pada 2027.

Katanya, kini projek terbabit sudah mencapai 58 peratus dan berjalan lancar mengikut jadual.

“Setakat ini tiada masalah besar berlaku dan hanya ada beberapa pakej ada isu pengambilan tanah dan walaupun ada beberapa lot belum selesai.

“Tetapi kita jangka sekurangnya nanti kita boleh siap mengikut keseluruhannya jadi perjalanan projek itu agak bagus dan boleh disiapkan mengikut masa,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya