KKDW mahu jalan perhubungan bersepadu Orang Asli siap ikut jadual

KKDW mahu jalan perhubungan bersepadu Orang Asli siap ikut jadual

RUBIAH Wang (kanan) menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Jader, Pos Simpor, Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berharap pelaksanaan projek jalan perhubungan bersepadu melibatkan Orang Asli di 56 buah kampung pedalaman yang bermula bulan ini dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang, berkata, kerajaan komited menyelesaikan isu masalah jalan perhubungan di kampung Orang Asli pedalaman yang sering terjejas dengan kejadian banjir dan tanah runtuh.

Menurutnya, projek jalan tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Jun lalu melibatkan kos sebanyak RM200 juta.

“Proses tender sudah selesai dan menunggu untuk penyerahan tapak pada bulan ini. Kita juga sudah mulakan kerja-kerja awalan untuk projek berkenaan.

“KKDW mengharapkan projek ni dapat dilaksanakan dengan jayanya iaitu tiada gangguan dan tiada konflik yang timbul sepanjang proses pelaksanaan.

“Justeru, kita memerlukan kerjasama daripada pihak pelaksana, kontraktor dan masyarakat Orang Asli itu sendiri untuk membantu memastikan apa sahaja isu atau masalah yang timbul sepanjang pelaksanaan jalan berkenaan dapat diselesaikan dengan baik,” katanya selepas menyertai operasi penghantaran bekalan makanan menggunakan helikopter Unit Udara JBPM ke kawasan perkampungan Orang Asli di Kampung Jader, Pos Simpor di sini, hari ini.

Rubiah memberitahu, beliau juga sudah mengadakan perbincangan bersama Jakoa berkenaan keadaan jalan perhubungan masyarakat Orang Asli yang terjejas disebabkan banjir minggu lalu untuk tindakan penambahbaikan.

Katanya, usaha itu untuk memastikan jalan perhubungan, kebajikan dan keselesaan masyarakat Orang Asli sentiasa terpelihara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya