KKDW bantu penduduk kampung daftar PADU secara manual

KKDW bantu penduduk kampung daftar PADU secara manual

SHAH ALAM, 21 Januari 2024 - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersalaman bersama tetamu pada sambutan Ponggal Perpaduan 2024 di IRDKL Shah Alam. -UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Kemajuan Desa Wilayah (KKDW) akan mengeluarkan borang bagi membolehkan rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan luar bandar dapat mendaftar di dalam Sistem Pengkalan Data Utama (PADU).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pencetakan borang itu dibuat setelah mendapat permohonan daripada penduduk di kawasan luar bandar yang meminta kerajaan supaya pendaftaran secara manual turut diadakan, selain pendaftaran secara terus di dalam laman sesawang sistem tersebut.

“Akan (dicetak) borang bagi pendaftaran PADU secara manual kerana tidak semua boleh mendaftar di atas talian.

“KKDW akan bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi supaya penduduk luar bandar boleh juga mendaftar secara manual memandangkan subsidi bersasar akan dilaksanakan tidak lama lagi,” katanya selepas menghadiri Majlis Ponggal Perpaduan 2024 di Pusat Konvensyen IRDKL, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau akan meminta Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ketua kampung untuk turut sama membantu golongan tersebut mendaftar di dalam sistem pengkalan data berkenaan.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan sehingga 18 Januari lalu, seramai 1,214,859 orang rakyat Malaysia yang sudah berdaftar di dalam PADU.

Daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan pendaftaran tertinggi iaitu sebanyak 243,851 orang, diikuti Sarawak seramai 137,036 orang dan Johor 128,193 orang.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, belia India harus diberikan peluang untuk menceburi bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional tinggi (TVET) berteknologi tinggi supaya mereka dapat mempertingkatkan taraf kehidupan mereka.

Justeru itu, Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) akan terus menyantuni permasalahan yang dialami kaum tersebut.

“Kita akan sesuaikan minat mereka dalam bidang tertentu untuk dilatih di dalam TVET, selain bekerjasama dengan institusi dan universiti teknikal di India untuk kita promosikan TVET yang berdasarkan pendidikan teknologi terbaharu di dunia,” ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya