Kesal hanya ada 3 bilionair Melayu

Kesal hanya ada 3 bilionair Melayu

AHMAD Maslan (tengah) menandatangani plak perasmian Sahabat Ar Rahnu Cawangan Pontian, di Pontian, Johor, hari ini. - UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024  pada bulan depan perlu menjadi anjakan baharu bagi mengatasi kegagalan ekonomi bumiputera yang masih jauh ketinggalan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata kegagalan dan kelemahan perlu diakui bagi menjadikan KEB sebagai landasan memperkasakan semula sekali gus meningkatkan ekonomi golongan itu.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Induk KEB 2024 berkata, data ekonomi bumiputera termasuk senarai jutawan Malaysia yang dikeluarkan Forbes tahun lalu boleh dilihat betapa jauh jurangnya ekonomi dimiliki bumiputera.

“Daripada 50 bilionair yang disenaraikan Forbes pada 2023, hanya ada tiga orang  Melayu di dalamnya iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Tan Sri Azman Hashim. 

” Apa yang saya kesalkan adalah bagaimana bangsa 70.1 peratus bumiputera di Malaysia ini hanya ada tiga dalam senarai berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan  Sahabat Ar Rahnu Cawangan Pontian di sini, hari ini.

Tambah Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian, ini menandakan kegagalan kerajaan dalam meningkatkan ekonomi bumiputera  yang perlu diakui oleh semua pihak tanpa berselindung lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya