Kes doktor gigi, suami ditemukan mati di kondominium masih diklasifikasikan SDR - Utusan Malaysia

Kes doktor gigi, suami ditemukan mati di kondominium masih diklasifikasikan SDR

KEADAAN pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HTJ, Seremban susulan kes doktor gigi dan suaminya ditemukan mati di rumah mereka di Jalan Keliling, Seremban.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kes kematian membabitkan seorang doktor gigi dan suaminya dengan mayat mereka ditemukan di dalam rumah di sebuah kondominium di Jalan Keliling, di sini, semalam, masih kekal diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini juga mendapati keputusannya masih belum dipastikan. 

Menurutnya, bedah siasat sudah dijalankan di HTJ pagi tadi dan mendapati keputusannya ‘undetermined’. 

“Ia memerlukan analisis lanjut di makmal kimia sebelum mendapat keputusan. Buat masa ini polis masih mengklasifikasikan kes sebagai SDR berdasarkan siasatan di tempat kejadian.

“Pemeriksaan pada tubuh badan kedua-dua si mati juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang dikesan,” katanya hari ini. 

Jelas Arifai lagi, mayat pasangan berkenaan ditemukan di kondominium tersebut oleh bapa kepada si mati wanita berusia 62 tahun yang datang untuk melihat keadaan anaknya itu.

“Bapanya menetap di daerah ini dan telah dihubungi rakan sekerja anaknya memaklumkan anaknya tidak datang ke klinik untuk bekerja. Bapa si mati kemudiannya telah pergi ke rumah tersebut,” katanya.

Terdahulu, polis memaklumkan menerima maklumat mengenai kematian wanita berusia 31 tahun dan suaminya berusia 34 tahun yang merupakan seorang warganegara asing itu pada pukul 12.49 tengah hari, semalam.

Siasatan awal mendapati kedua-dua mereka adalah suami isteri yang mana lelaki terbabit berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah antarabangsa di Port Dickson manakala isterinya merupakan doktor di sebuah klinik pergigian di Linggi juga di Port Dickson.

Sementara itu, tinjauan ke Jabatan Perubatan Forensik HTJ mendapati terdapat rakan-rakan sekerja yang tiba bagi memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua mendiang.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya