‘Kerja 11 jam dapat hasil RM35 saja’

‘Kerja 11 jam dapat hasil RM35 saja’

SEBAHAGIAN penghantar makanan yang menngambil bahagian dalam kempen Grab Blackout di Petaling Jaya, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya kerja dari pukul 10 pagi sehingga 11 malam, dapat RM35 saja.” 

Begitulah luahan seorang penghantar makanan Grabfood yang terkesan dengan penurunan kadar upah minimum dari RM5 kepada RM3.50 sejak Selasa lalu. 

Yasser Rosli berkata, sehubungan itu, dia dan para penghantar makanan merayu pihak berkenaan mendengar keluhan mereka yang seolah-olah ditindas dengan bayaran tidak setimpal.

“Kalau ikutkan di Melaka, kadar upah sebelum ini RM5 turun kepada RM4.50 dan selepas itu yang terbaru penunggang hanya dibayar RM1 untuk satu pesanan.

“Apabila timbul isu penurunan kadar upah ini, sesiapa sahaja akan rasa tidak berpuas hati seperti dari RM5 turun ke RM1 sejak tiga hingga empat hari lalu,” katanya ketika ditemui semasa kempen Grab Blackout di sini, hari ini.

Yasser mendakwa pengurusan Grabfood tidak memaklumkan kepada semua penghantar makanan dan menurunkan kadar upah secara tiba-tiba, Selasa lalu.

“Saya sangat terkesan walaupun penurunan upah hanya RM1 kerana ia amat bermakna untuk saya meneruskan kehidupan seharian.

“Sebagai contoh, kami dapat satu pesanan dengan kadar upah RM3.50, kami perlu tunggu makanan siap dalam 10 minit selepas itu kami kena hantar kepada pelanggan mengambil masa 15 minit. Jadi, dengan kadar upah tersebut ia amat merugikan kami,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia, Abdul Hakim Abdul Rani berkata, mereka telah membuat perbincangan dengan pengurusan Grabfood untuk menyelesaikan isu kadar upah dengan segera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya