Kerajaan umum laksana dwirangkaian dalam tempoh sebulan

Kerajaan umum laksana dwirangkaian dalam tempoh sebulan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan dijangka mengumumkan peralihan satu rangkaian borong kepada dwirangkaian dalam tempoh sebulan ini susulan liputan kawasan berpenduduk (CoPA) 5G yang kini mencecah 80 peratus. 

Jurucakap kerajaan perpaduan, Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi berkata, pengumuman itu akan dibuat oleh jemaah menteri selepas menerima hasil mesyuarat oleh Pasukan Petugas Khas 5G, Jumaat ini.

Menurutnya, mesyuarat dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi bersama Digital Nasional Berhad (DNB) disertai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan operator telekomunikasi itu bagi menentukan hala tuju 5G seterusnya.

“Pengumuman (peralihan) itu akan dibuat selepas dipertimbangkan oleh jemaah menteri. Kita jangka mungkin dalam tempoh sebulan ini.

“Mesyuarat pada Jumaat ini akan tentukan hala tuju liputan rangkaian 5G negara sebelum hasil keputusan mesyuarat dimaklumkan kepada jemaah menteri untuk dipertimbangankan.

“Selepas itu, rangkaian kedua boleh diwujudkan sekiranya beberapa syarat dipersetujui oleh jawatankuasa ini dicapai. Prosesnya masih lama tetapi apa pun saya berasakan cukup bangga dengan usaha oleh DNB. 

“Ini kerana kadar 80.2 peratus CoPA pada November lalu adalah 76 peratus, namun pada Disember lalu ia mencapai liputan lebih empat peratus berbanding sekitar dua peratus peningkatan liputan dari bulan ke bulan sebelumnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.

Katanya, setakat 31 Disember lalu, pelaksanaan rangkaian 5G telah mencapai 80.2 peratus CoPA iaitu mencapai sasaran ditetapkan.

Fahmi Fadzil berkata, perluasan liputan rangkaian 5G telah mencapai sasaran ditetapkan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari tahun lalu iaitu untuk mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus menjelang akhir 2023. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya