Kerajaan sentiasa sokong usaha imarah masjid

Kerajaan sentiasa sokong usaha imarah masjid

ZULKIFLI Hasan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Ulu Tiram, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan menyokong dan mengalu-alukan sebarang usaha bagi mengimarahkan masjid termasuk gerakan Geng Subuh Macam Jumaat yang tular ketika ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif sedemikian yang diyakini dapat mengubah persepsi masjid dalam kalangan masyarakat.

Menurut beliau, kerajaan juga bakal melancarkan program pengimarahan masjid yang akan dipenuhi dengan pelbagai program pengisian keagamaan dalam usaha menjadikan masjid sebagai nadi utama dalam masyarakat.

“Alhamdulillah, kita nampak bagaimana seorang selebriti mampu tarik hadirin untuk datang solat subuh berjemaah. Kita alu-alukan sesiapa sahaja yang mampu buat demikian kerana ia merupakan satu usaha dakwah.

“Apa yang paling penting adalah kesinambungan terhadap pengisian selepas itu. Sekiranya selepas solat subuh berjemaah diisi dengan program pengisian yang mantap, mungkin kita dapat ubah dimensi masyarakat terhadap institusi masjid itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Lorong Mak Piah, Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gerakan Geng Subuh Macam Jumaat yang dimulakan artis popular tanah air Alif Satar yang mendapat sambutan masyarakat.

Gerakan yang dimulakan sejak bulan lalu itu berjaya mendapat sambutan bukan sahaja di negara ini, tetapi juga negara-negara jiran termasuk Singapura. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya