Kerajaan salur RM5 juta kepada FAM, tingkat prestasi Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Kerajaan salur RM5 juta kepada FAM, tingkat prestasi Harimau Malaya

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan khas sebanyak RM5 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dana tersebut akan disalurkan dengan kadar segara bagi mengurus pasukan bola sepak negara sekali gus meningkatkan keupayaan mereka.

Beliau kemudiannmenzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya kerana berjaya membuktikan keupayaan mereka dengan semangat juang yang tinggi.

“Saya telah menyaksikan pertarungan hebat pasukan Harimau Malaya malam tadi dimana mereka menunjukkan keupayaan dan kesungguhan.

“Semangat mereka tidak lusuh walaupun setelah kalah dalam dua pertarungan tetapi tetap menunjukkan satu perlawanan yang sangat menakjubkan bertarung dengan pasukan yang kuat, Korea Selatan.

“Kerana menunjukkan semangat sedemikian, dengan pertimbangan Menteri Belia dan Sukan, kerajaan bersetuju meluluskan tambahan RM5 juta kepada FAM,” katanya.

Beliau ditemui ketika makan tengah hari bersama warga kota di Desa Sri Hartamas sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Ubudiah, Bukit Segambut, di sini hari ini.

Terdahulu, Malaysia seri 3-3 dengan Korea Selatan pada perlawanan terakhir Kumpulan E pada saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Qatar, semalam.

Dalam perlawanan di Stadium Al Janoub itu, pemain gantian Romel Morales muncul wira apabila meledak gol penyamaan pada minit-minit terakhir masa kecederaan babak kedua.

Sebelum itu, dua gol Malaysia terhasil menerusi jaringan menarik Faisal Halim pada minit ke-51 dan sepakan penalti yang disempurnakan Arif Aiman Hanapi pada minit ke-62.

Kejayaan mengikat gergasi Asia itu membolehkan anak-anak buah Kim Pan Gon membawa pulang satu mata selepas tewas dalam dua perlawanan awal peringkat kumpulan.

Gol Korea Selatan dalam perlawanan tersebut dihasilkan oleh Jeong Woo Yeong pada minit ke-21, Lee Kang In (M-83) dan dan Son Heung Min (M-94) menerusi sepakan penalti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya