Kerajaan Madani diharap `tidak  ganggu’ Pasti - Hanipa - Utusan Malaysia

Kerajaan Madani diharap `tidak  ganggu’ Pasti – Hanipa

HANIPA Maidin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan diminta ‘tidak mengganggu’ Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) ekoran keputusan Kabinet mahu sistem pendidikan prasekolah di seluruh negara diselaraskan semula.

Bekas ahli parlimen Parti Amanah, Mohamed Hanipa Maidin berkata, pusat pendidikan prasekolah milik Pas itu  mencapai kejayaan besar sejak penubuhannya.

“Putrajaya memutuskan untuk memperkemas sistem pendidikan prasekolah. Saya harap kerajaan Madani tidak akan ‘mengganggu’ Pasti yang dikendalikan oleh Pas.

“Saya mungkin mempunyai keraguan terhadap Pas, tetapi Pasti sangat berjaya,” kata  Hanipa yang pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Jemaah Menteri memutuskan agar sistem pendidikan prasekolah di seluruh negara diselaraskan semula supaya kualiti pendidikan awal kanak-kanak itu lebih terjamin dan menyeluruh.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Kementerian Pendidikan sudah diarahkan untuk melaksanakan penyelarasan sistem pendidikan itu.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Jemaah Menteri mendapati wujud kualiti pendidikan prasekolah yang pelbagai di seluruh negara, justeru harus diselaraskan.

Pasti adalah sebuah pusat pendidikan prasekolah yang pada peringkat mulanya diberi nama Tadika Islam.

Beroperasi sejak 1980, Pasti kini terus berkembang dan ketika ini berada di semua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod,  terdapat 125,065 pelajar Pasti berumur empat, lima dan enam tahun pada 2022 yang membabitkan 2,497 pusat yang beroperasi di seluruh Malaysia. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya