BATU PAHAT: “Kenapa buat adik saya macam ini, rangka Bella hanya tinggal beberapa sahaja” demikian catatan Norhisham Samsusah, 36, dalam akaun Facebook miliknya hari ini.
Menurut Norhisham, rangka yang diterimanya daripada Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) hanyalah tengkorak kesan pecah kena hentak benda tumpul, satu rongga mata ada,
Tulang rusuk dan punggung sahaja.
“Selesai urusan (di Mahkamah)..tiba masa tuntut jenazah di Forensik HSI.. Allahuakbar..Allahuakbar… Terkejut saya bila tengok rangka Bella hanya tinggal beberapa sahaja.. Hancur hati sehancur-hancurnya bila terima Bella keadaan macam ini.. Kenapa buat adik saya macam ini? Hanya tengkorak kesan pecah kena hentak benda tumpul, rongga mata ada 1satu Tulang rusuk, punggung… Itu shaja..
“Mana kedua kaki dan tangan Bella? Rasa macam nak memberontak, nak mengamuk…Rasa nak menjerit sekuat hati bagi semua tahu betapa hancur hati saya…Tapi apa daya saya…saya hanya seorang kakak yang perjuangkan pencarian adik saya tapi saya dapat rangka yang tak sempurna,” catatnya lagi.
Menurut Norhisham, ketika dia, ibunya serta seorang ustazah memandikan rangka, air matanya tidak henti berderai apabila mendapati ada kotoran dalam tengkorak.
“Kenapa pelaku sangat kejam…sangat zalim..kenapa buat Bella sehingga begitu tragik…. Kami tersangat rapuh dalam situasi ni…,” tulisnya lagi.
Norhisham turut merayu pertolongan siapa sahaja untuk membantu mencari beberapa bahagian rangka yang masih kurang seperti tangan dan kaki Bella kerana tidak disertakan ketika penyerahan di HSI Kelmarin.
“Saya nak (mayat) Bella lengkap..Tolong faham apa saya rasa….,” luahnya lagi.
Dalam catatan awalnya, Norhisham turut menerangkan mengapa seperti ingin mengadakan rusuhan ketika di Mahkamah Majistret Batu Pahat kelmarin.
Menurut Norhisham, perasaan marah datang tiba-tiba sebaik melihat tertuduh (Mohammad Haikal Mahfuz). – UTUSAN