Kenal pasti risiko rasuah, semua jabatan, agensi KSM bakal guna sistem ABMS

Kenal pasti risiko rasuah, semua jabatan, agensi KSM bakal guna sistem ABMS

STEVEN SIM CHEE KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan menggunakan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) terhadap seluruh jabatan dan agensi di bawahnya.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, standard sama yang digunakan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan diguna pakai.

Katanya, langkah itu bagi mengukuhkan tadbir urus, mengenal pasti risiko rasuah dan salah guna kuasa terutama dalam proses kerja di PTPK.

Jelasnya, inisiatif PTPK kea rah pensijilan ABMS dilaksanakan dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

“Pembangunan ABMS didorong oleh prestasi cemerlang PTPTK susulan hasil penarafan semula risiko tahun 2023 yang mencatatkan risiko tinggi kepada risiko sederhana oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Matlamat berkenaan juga selari dengan kerangka Malaysia Madani yang mengutamakan integriti dan kecekapan dalam pentadbiran awam.

“Pelaksanaan ABMS ini adalah langkah proaktif untuk memastikan kakitangan PTPK mematuhi etika kerja, serta menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pembanterasan rasuah dalam perkhidmatan awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Steven berkata, PTPK selaku pembiaya utama latihan dalam negara akan terus memperkasa agenda pembangunan modal insan negara selain komited memperkasa pendidikan teknikal dan latihan vokasional untuk mengikuti bidang kemahiran.

“PTPK sentiasa cakna dan memberi komitmen yang tinggi untuk memastikan rakyat Malaysia menikmati perkhidmatan yang terbaik, sekali gus menyokong kepada pemacu perubahan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk menambah baik ekosistem TVET.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya