KOTA BHARU: Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) menyifatkan cadangan kerajaan menaikkan elaun adalah tepat pada masanya ketika masyarakat berdepan peningkatan kos sara hidup ketika ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia Sapinah Ab. Ghani, 40, berkata, kenaikan itu amat melegakannya sekali gus membuktikan keperihatinan kerajaan dalam membela nasib guru KAFA. “Dengan adanya kenaikan ini, saya yakin dan percaya ia akan memberikan semangat kepada kami untuk terus memberikan khidmat terbaik dalam mendidik serta menyampaikan ilmu agama kepada anak-anak. “Saya mewakili guru-guru KAFA mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang menghargai sumbangan kami,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya