Keluarga tebusan marah tiada perubahan selepas 100 hari

Keluarga tebusan marah tiada perubahan selepas 100 hari

KELUARGA tebusan Israel yang ditahan oleh Hamas mengambil bahagian dalam protes di sempadan Israel-Gaza pada Khamis lalu.-CNN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Keluarga tebusan Israel di Gaza mula berasa marah apabila ahli keluarga mereka masih lagi dalam tahanan Hamas selepas 100 hari peperangan itu berlaku.

Mereka berpendapat, tiada perjanjian-perjanjian lain berlaku sejak gencatan senjata dilaksanakan pada November lalu dan ada yang melihat tindakan Israel kini hanya meningkatkan risiko bahaya kepada mereka yang ditawan.

Malah, mereka turut marah dengan Palang Merah yang dilihat gagal untuk membantu mereka.

Perjanjian pembebasan tebusan yang dipersetujui antara Israel dan Hamas pada akhir November lalu menyaksikan lebih 100 tebusan Israel dibebaskan.

Tidak banyak yang dapat memberi harapan kepada saudara-mara tentang perjanjian lain sejak itu.

Salah seorang ahli keluarga, Naama Weinberg, 27, memberitahu, sepupunya Itai Svirsky diculik semasa melawat ahli keluarga di Kibbutz Be’ eri pada 7 Oktober lalu.

“Gelombang pertama tebusan dibebaskan antara hari 49 dan 54. Sudah hampir 100 hari sekarang, hampir dua kali lebih lama daripada mereka berada di sana,” katanya.

Dia berkata, keluarga tawanan kini kecewa dan amat marah.

“Tidak ada kemajuan selama berminggu-minggu. Tiada apa-apa yang bergerak kecuali untuk mengetahui lebih banyak tebusan meninggal dunia,” katanya.

Weinberg yang bercakap kepada CNN di Tel Aviv yang dipanggil Dataran Tebusan, di mana keluarga berkumpul selama berminggu-minggu untuk memprotes, berang dengan pembunuhan seorang komander tertinggi Hamas di Lubnan awal bulan ini

Jelasnya, beberapa tindakan ketenteraan Israel secara langsung membahayakan tebusan.

Menurut Weinberg, kepemimpinan negara mesti meletakkan pembebasan tebusan di bahagian atas senarai keutamaannya.

Malah, pemimpin kanan Hamas terbunuh dalam letupan Beirut, meningkatkan kebimbangan konflik serantau yang lebih meluas.

Seorang lagi yang berada di dataran itu ialah Moshe Cohen, saudara kepada teman wanita Or, Argamani, yang kali terakhir dilihat dibawa pergi dengan motosikal oleh pengganas Hamas pada 7 Oktober lalu.

Dia juga mengkritik Palang Merah yang dituduhnya gagal dalam misinya untuk melindungi orang awam.

“Negara yang menyokong Palang Merah harus menutup ‘paip’ dan memberitahu mereka tiada lagi wang,” katanya.

Bulan lalu, ibu Argamani, yang menghidap barah otak tahap empat, mengeluarkan video yang menyayat hati merayu agar dia dibebaskan.

Cohen memberitahu CNN, ibu Argamani menyelesaikan semua rawatan dan dia tidak mempunyai banyak masa lagi. Dia hanya meminta satu pelukan terakhir sebelum dia mati.-CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya