Keluarga sangkal cemburu, sakit hati punca Bella dibunuh - Utusan Malaysia

Keluarga sangkal cemburu, sakit hati punca Bella dibunuh

NORHISHAM Samsusah (kiri) bersama keluarganya memegang poster menuntut keadilan atas kematian adiknya Bella ketika hadir di Mahkamah Majistret Batu Pahat, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Keluarga Mila Sharmilah Samsusah, 32, menyangkal perasaan cemburu dan sakit hati sebagai punca ibu tunggal itu dibunuh oleh teman lelakinya, Mohammad Haikal Mahfuz, 24.

Kakaknya, Norhisham Samsusah, 36, berkata, sepanjang adiknya itu berkawan dengan tertuduh, Bella menyatakan bahawa Mohammad Haikal tiada perasaan cemburu langsung terhadapnya. 

“Tolonglah polis atau siapa-siapa janganlah tertipu lagi. Dia bunuh Bella sebab perkara kecik (kecil) dan saya boleh agak sebab apa, sebab itu adalah chat (mesej) terakhir dia (Bella) dengan saya.

“Ayat cliche (klise) semua ni, sesungguhnya rapatnya kami takkan terfikir oleh orang lain sebab kami 2 je, dia la racun, dia la madu, al-fatihah Bella,” tulisnya dalam laman sosial Facebooknya.

Menerusi perkongsian itu, Norhisham berkata, kes pembunuhan kejam adiknya yang lebih dikenali sebagai Bella itu memasuki cerita baharu apabila ahli keluarga suspek dikatakan cuba menghalang penyanyi rap dan aktivis kemanusian, Caprice supaya tidak masuk campur dalam urusan kes Bella.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 36, telah membuat ulasan dalam Instagram miliknya berhubung dengan keganasan rumah tangga dan hubungan kasih sayang atau cinta semasa manusia.

Dalam ulasannya, Caprice memetik laporan berita bertajuk Bekas posmen dituduh bunuh Bella sejurus pertuduhan ke atas suspek dilakukan di Mahkamah Majistret Batu Pahat, semalam.

Susulan itu, Caprice didakwa menerima DM (Direct Messenger) melalui instagramnya daripada seorang individu yang dipercayai ahli keluarga suspek kes bunuh terbabit.

“Terima kasih untuk sokongan semua dalam urusan pengebumian Bella, esok saya cerita semua  perjalanan kami hari ni agak penat,” catat Norhisham. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya