Kelantan harap kelemahan PADU diatasi segera

Kelantan harap kelemahan PADU diatasi segera

MOHAMED FADZLI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berharap semua isu berkaitan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan dapat diselesaikan segera terutamanya melibatkan perkara yang dibangkit oleh bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming.

Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri menyokong pelaksanaan itu dan berhasrat untuk menyelaraskan PADU dengan Sistem Ekonomi Digital Kelantan yang baru dilancarkan hari ini.

“Kita sokong pelaksanaan PADU. Cuma dalam sehari dua ini kita lihat ada beberapa kelemahan sebagaimana yang disuarakan oleh Kian Min.

“Berhubung isu itu kita berpandangan data peribadi ini penting dan mesti dijaga. Kita minta kerajaan pusat pastikan dan jika betul-betul ada kelemahan diharap atasi segera,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Amanat Tahun Baharu dan Himpunan Penjawat Awam Tahun 2024 yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Mohamed Fadzli memberitahu, sekiranya wujud kelemahan sistem tersebut perlu ditambah baik.

“Ia merupakan isu yang sangat sensitif dan perlu diatasi segera kerana kita tidak mahu sehingga ada pihak lain yang boleh mendaftarkan bagi pihak kita berikutan dokumen yang diperlukan hanya MyKad,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamed Fadzli memberitahu, sistem ekonomi digital Kelantan sebenarnya telah lama dirancang sebelum ia dilancarkan secara rasmi oleh Mohd. Nassuruddin hari ini. .-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya