Kedudukan MITRA masih ‘tergantung’

Kedudukan MITRA masih ‘tergantung’

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan setakat ini belum menentukan kedudukan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan menjadi satu-satunya agensi yang masih ‘tergantung..

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap kerajaan perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan supaya kedudukan MITRA dibincangkan semula.

Menurutnya, sudah ada perbincangan (menentukan kedudukan MITRA) diadakan oleh Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Anak Dagang.

“Saya difahamkan Menteri Perpaduan sudah mendapat maklum balas daripada orang ramai dan pihak berkepentingan, namun Perdana Menter bersetuju untuk dibincangkan semula,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat jemaah menteri di sini, hari ini.

Perdana Menteri sebelum ini mahu unit khas itu diletakkan semula di bawah Kementerian Perpaduan Negara biarpun sebelum ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bagaimanapun, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa beliau akan sentiasa memantau unit khas itu yang bertanggungjawab dalam menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya