Kedai kenderaan potong terbakar, musnah 80 peratus - Utusan Malaysia

Kedai kenderaan potong terbakar, musnah 80 peratus

SEBUAH kedai kenderaan potong musnah 80 peratus dalam kejadian kebakaran di Taman Seri Mahkota Aman di Kuantan, Pahang. - FOTO IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebuah kedai kenderaan potong di Taman Seri Mahkota Aman, di sini musnah 80 peratus dalam kejadian kebakaran malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat kira-kira pukul 9.58 malam.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi, pihaknya mendapati kebakaran membabitkan sebuah kedai menjual barang-barang kereta potong.

“Kedai terbabit mempunyai keluasan 45×80 kaki persegi dan dianggarkan musnah sekitar 80 peratus.

“Bagaimanapun, dalam kejadian tersebut tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zulfadli berkata, operasi menyelamat dan pemadaman kebakaran membabitkan 13 anggota dari Balai Bomba Taman Tas dan turut mendapat bantuan dari Balai Bomba Indera Mahkota.

Katanya, pasukan bomba membuat operasi dengan menggunakan dua aliran hos daripada air tangki pam jentera bomba.

“Dalam masa sama, bantuan sumber air turut diperoleh daripada jentera lori tangki Balai Bomba Indera Mahkota yang tiba di lokasi. Operasi dan siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca kebakaran dan jumlah kerugian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya