Kebun Orang Asli dirosakkan gajah sejak setahun

Kebun Orang Asli dirosakkan gajah liar sejak setahun

PENDUDUK mendakwa terjejas sumber makanan susulan ancaman gajah liar di Pos Simpor, Gua Musang, Kelantan sejak setahun lalu. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Lebih 800 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di tujuh kampung di Pos Simpor di sini berdepan gangguan gajah liar yang merosakkan kebun mereka sejak setahun lalu.

Antara kampung terlibat ialah Kampung Jader, Kampung Halak dan Kampung Jader Lama.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Simpor, Dendi Johari, 36, berkata, serangan berulang kali haiwan liar itu menyebabkan penduduk berputus asa untuk terus bercucuk tanam.

“Kami tidak sempat menuai hasil padi bukit apabila habis semua tanaman dimusnahkan gajah liar. Kami sangat kecewa kerana semua yang dihasilkan menjadi sia-sia.

“Kejadian terbaharu berlaku Sabtu lalu apabila tanaman penduduk Kampung Dandut seperti padi bukit, pisang dan ubi kayu dirosakkan gajah liar,” katanya di sini.

Dendi memberitahu, penduduk sudah membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berhubung kejadian itu.

Seorang penduduk Kampung Jader, Winson Bah Kuasan, 33, berkata, gangguan gajah sekali gus menyebabkan penduduk terjejas sumber makanan tanaman sara diri yang diusahakan oleh mereka sendiri.

Katanya, penduduk Orang Asli di pedalaman hanya bergantung hidup dengan tanaman di kebun sebagai sumber makanan. 

“Kami sangat berbesar hati sekiranya ada pihak yang sudi memberi bantuan bekalan makanan kepada penduduk di sini. Saya berharap ada tindakan segera untuk menangani masalah ini  bagi menjamin keselamatan kami yang tinggal jauh di pedalaman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya