Kastam Perlis rampas hampir 700kg  daun ketum - Utusan Malaysia

Kastam Perlis rampas hampir 700kg  daun ketum

ISMAIL Hashim (kanan) menunjukkan gulungan ketum yang siap dibungkus dalam sidang akhbar di pejabat Kastam Padang Besar, Perlis hari ini.- UTUSAN/SYED AZLAN SAYID HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Kastam Perlis merampas hampir 700 kilogram daun ketum dalam tempoh dua hari menerusi dua serbuan  di Kaki Bukit di sini pada 3 dan 4 Januari lalu.

Dalam serbuan pertama kira-kira pukul 1 tengah hari, sepasukan Unit Narkotik Kastam Padang Besar melakukan pemeriksaan di rumah tidak bernombor, Batu 15, Kaki Bukit di sini dan merampas 23 guni daun ketum seberat 476 kilogram bernilai RM4,760.

Menerusi serbuan kedua keesokan harinya  di sebuah pondok kosong di Jalan Wang Kelian juga di kawasan Kaki Bukit di sini, pihak berkuasa menemukan 10 plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 200 kilogram dianggarkan bernilai RM2,000. 

Pengarah Kastam negeri, Ismail Hashim berkata, dalam kedua-dua serbuan tersebut  tida tangkapan.

“Modus operandi sindiket meletakkan barangan terlarang itu di premis kosong bagi mengaburi mata penguat kuasa dan dua rampasan ini berkemungkinan berkaitan namun masih lagi dalam siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, unit narkotik Kastam Padang Besar turut menahan seorang lelaki warga tempatan yang cuba menyeludup dadah jenis eramin 5 dan kanabis secara kecil-kecilan melalui laluan import pos kawalan Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan Wang Kelian pada 8 Januari lalu.

“Dalam kejadian pukul 11.30 itu, seorang pengusaha rumah urut berusia 47 tahun yang memandu kereta jenis Volkswagen Golf GTI 2.0 ditahan selepas pemeriksaan mendapati sejumlah dadah jenis eramin 5 dan kanabis disembunyikan di dalam kotak sistem audio pada but kereta.

“Menurut rekod keluar masuk sempadan, suspek masuk melalui Padang Besar sebelum ke  wilayah Phuket dan kembali memasuki Malaysia melalui Wang Kelian kerana mungkin menyangka kawalan di situ longgar,” katanya.

Katanya lagi, suspek membawa masuk bahan larangan seperti pil eramin 5, tumbuhan kering disyaki ganja, cecair disyaki kanabis perisa buah-buahan, minyak kanabis dan paket lembut berwarna hitam dipercayai minyak kanabis bernilai RM726 untuk dibawa  ke Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya