Kanak-kanak teruja mandi-manda di ‘air terjun’ semula jadi

Kanak-kanak teruja mandi-manda di ‘air terjun’ semula jadi

KANAK-KANAK gembira bermain air terjun semula jadi di Taman Negara Johor Tanjung Piai berikutan akibat fenomena air pasang besar di Pontian, Johor, hari ini. - UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kira-kira 500 pengunjung tidak melepaskan peluang merasai fenomena air pasang besar yang melimpahi Taman Negara Johor Tanjung Piai (TNJTP), Serkat, di sini.

Jika sebelum ini fenomena tersebut berlaku setiap hujung tahun, namun kali ini pada Januari dengan ketinggian  paras air laut 3.6 meter.

Fenomena air pasang besar bermula pukul 11 pagi tadi menyaksikan ramai kanak-kanak teruja dan gembira kerana dapat bermain di ‘air terjun’ semula jadi di anak tangga menuju taman tersebut yang hanya berlaku ketika air pasang besar.

Pengunjung, Siti Sairah  Saidon, 28, berkata, dia datang bersama dua anak, suami serta adik kali pertama melihat fenomena air pasang di taman negara ini.

“Ini kali pertama kami berkunjung ke TNJTP dan seronok sangat dapat lihat kejadian tersebut yang sebelum ini hanya dilihat di kaca televisyen atau media sosial,” katanya ketika ditemui pemberita.

Bagi Mohd. Alip Mohd. Yassin, 35, dia sepertimana pengunjung lain mengetahui adanya fenomena air pasang dari media sosial dan tidak melepaskan peluang untuk melihatnya.

Katanya, walaupun bukan cuti sekolah, pengunjung ke situ tetap ramai.

“Anak-anaklah  yang paling gembira bermain air dan kami ibu bapa turut sama menjaga pergerakan mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya