Kanak-kanak tahan sakit 15 minit kaki tersepit di klinik - Utusan Malaysia

Kanak-kanak tahan sakit 15 minit kaki tersepit di klinik

SEORANG kanak-kanak perempuan terpaksa menahan sakit kira-kira 15 minit apabila kakinya tersepit di Klinik Kesihatan Jemaluang, Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa menahan sakit kira-kira 15 minit sebelum apabila kakinya tersepit di Klinik Kesihatan Jemaluang semasa menemani ibunya mendapatkan rawatan kesihatan. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Penolong Penguasa Bomba Abdul Muiz Mukhtar berkata, seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.48 pagi.

“Difahamkan kanak-kanak itu datang bersama ibunya yang mahu mendapatkan rawatan pemeriksaan ibu mengandung. 

“Pasukan bertindak menggunakan satu unit hidraulik bagi mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. 

Operasi ditamatkan pada pukul 11.17 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya