Kanak-kanak maut dipercayai didera bapa, ibu saudara - Utusan Malaysia

Kanak-kanak maut dipercayai didera bapa, ibu saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dipercayai menjadi mangsa dera bapa saudara dan ibu saudaranya di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, di sini, kelmarin.

Difahamkan mangsa yang berusia setahun enam bulan itu tidak sedarkan diri di kediaman terbabit sebelum kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Shah Alam oleh bapa saudaranya berusia 20-an.

Bagaimanapun doktor yang merawat mangsa gagal menyelamatkan mangsa sebelum kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia.

Pemeriksaan dan bedah siasat dijalankan mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat didera.

Kanak-kanak terbabit telah dijaga pasangan suami isteri itu setiap kali ibu bapanya ke tempat kerja.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan bunuh.

“Hasil bedah siasat mendapati terdapat unsur penderaan ke atas kanak-kanak terbabit.

“Susulan itu kita membuat dua tangkapan iaitu sepasang suami isteri di mana mereka akan direman hari ini,” katanya di sini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-kanak 2001.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya