Kanak-kanak 11 tahun antara 28 PATI ditahan - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 11 tahun antara 28 PATI ditahan

IMIGRESEN Johor menahan seramai 28 PATI termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dalam serbuan di Skudai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun antara 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan Jabatan Imigresen negeri ini dalam operasi di Skudai, di sini malam tadi.

Pengarah Imigresen negeri Baharuddin Tahir berkata, kesemua PATI warga Myanmar, Indonesia dan Bangladesh yang ditahan dalam operasi pukul 12.50 malam itu berusia antara 11 hingga 56 tahun.

“Ops Sapu yang dijalankan sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasa itu susulan maklumat awam menyatakan terdapat beberapa warganegara asing tinggal di kawasan tersebut tanpa permit atau pas yang sah.

“Siasatan awal mendapati PATI terbabit menyewa ruang tamu dan bilik kecil dengan kadar sewa antara RM450 hingga RM750 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baharuddin berkata, kesemua PATI itu ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), iaitu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), iaitu tinggal lebih masa,

Justeru, beliau meminta orang ramai tampil menyalurkan maklumat berkaitan PATI di kawasan masing-masing supaya tindakan tegas dapat diambil terhadap pihak yang melanggar undang-undang negara.

“Operasi sedemikian akan terus giat dijalankan bagi membanteras isu kebanjiran PATI yang dilihat semakin galak menguasai sesuatu kawasan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya