Kampung Batu Melintang di landa banjir

Kampung Batu melintang di landa banjir

TANGKAP layar situasi banjir di Kampung Batu Melintang, Jeli, Kelantan malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Hujan lebat sejak semalam menyaksikan Kampung Batu Melintang di sini mula dilanda banjir tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Adni Ibrahim beKampungrkata, bagaimanapun setakat ini tiada penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Saya ingatkan penduduk supaya sentiasa berwaspada kerana kita semua berada dalam situasi Monsun Timur Laut (MTL).

“Pada masa sama, penduduk turut dinasihatkan supaya peka dengan maklumata yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui siaran televisyen, radio dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Adni memberitahu, BBP Jeli terus mempertingkatkan rondaan di kawasan berisiko banjir susulan hujan lebat ketika ini.

Katanya, ketika ini paras air Sungai Pergau di Jambatan Jerimbong sudah melepasi bacaan amaran.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya